LYRICS

Warkah Dari Rumah

by Sekumpulan Orang Gila

Wahai anakanda jiwa kersani
Usah nestapa bergalau hati
Layar ‘kan patah dirikan kembali
Ombak yang pasang pasti berhenti

Dunia ini ujian semata
Penuh duri dan pancaroba
Pasakkan jati luruskan hala
Tiap usaha serah pada-Nya

Tamsil ini jadikan pedoman
Kalah menang bukan taruhan
Selagi hayat dikandung badan
Usah menyerah sebelum lawan